
SINAR adalah jenama tempatan yang pertama berfokus pada penyediaan makanan yang bebas kimia, sihat untuk semua dan mudah disediakan secara ‘Ready-to-Heat’ atau ‘Ready-to-Cook’ untuk membantu warga pekerja, pelajar dan dewasa yang berkekangan masa.
Dengan peningkatan kos makanan di restoran dan bahan-bahan masakan, bertambah lagi dengan kekangan masa untuk penyediaan, kami memberi solusi kepada anda dengan makanan yang boleh dipanaskan atau dimasak dengan mudah dalam beberapa minit sahaja.
Visi SINAR adalah untuk menjadi peneraju utama produk makanan Ready-to-Heat & Ready-to-Cook yang sihat untuk pengguna di Asia Tenggara sebelum tahun 2025.
Misi utama SINAR adalah untuk menyediakan makanan yang sihat berkonsepkan ‘Ready-to-Heat’ dan ‘Ready-to-Cook’ tanpa bahan kimia yang membantu pengguna global dan memberi akses kepada makanan yang lazat tanpa perlu membazirkan masa berpanjangan di dapur.
Usahawan Wanita Bumiputera Yang Berdaya Maju
“Permulaan sederhana kami bermula pada tahun 2020 ketika dunia sedang memerangi pandemik Covid-19 yang mengakibatkan pelbagai isu ekonomi termasuk keselamatan makanan dan kekurangan bekalan.
Dengan pasukan saintis makanan dan perunding perniagaan yang berdedikasi, kami membentuk pasukan R&D untuk membangunkan produk makanan sejuk beku yang sihat secara tempatan tanpa bahan kimia, pengawet dan bahan pewarna yang boleh menyelesaikan isu kekurangan bekalan makanan dan kekurangan tenaga kerja di kedai F&B.
Kini ini kami berjaya melancarkan kilang pemprosesan makanan kami untuk sentiasa berinovasi dan menghasilkan pelbagai makanan Ready-to-Heat & Ready-to-Cook untuk pengguna tempatan dan antarabangsa. Suri rumah dan orang dewasa yang bekerja kini boleh senang memakan hidangan yang lazat dengan mudah.


Selaras dengan polisi keselamatan makanan, kami telah menetapkan beberapa objektif keselamatan makanan yang hendak dicapai dan disemak setiap tahun, mengikut standard keselamatan makanan.
(i) Sentiasa menghasilkan produk yang bersih, berkualiti tinggi, dan selamat dari permulaan proses, hingga ke akhir.
(ii) Memastikan tiada aduan dari pelanggan berkaitan keselamatan dan kualiti makanan sejuk beku Sinar.
(iii) Melaksanakan kawalan kualiti dan sistem pengurusan yang menyeluruh.
(iv) Memastikan tiada mikrob berbahaya dalam produk yang telah siap dibeku supaya kesihatan pengguna terjamin.
Menghasilkan makanan yang berkualiti dan segar menjadi fokus utama kami. Dengan kemajuan teknologi pemprosesan makanan, kini kami dapat mencapai matlamat tersebut dengan mudah.



Kami sedang mencari pengedar dan peruncit yang berpotensi. Kami juga menyediakan perkhidmatan OEM dan ODM jika anda berminat untuk mengeluarkan produk/jenama anda sendiri.
