Kenapa SINAR

Santapan Enak Untuk Seisi Keluarga.

0 +

Pelangan Setia

0 +

Ulasan 5 Bintang

Kualiti 0 Premium

Produk

Pilihan 0 Sihat

Tanpa Bahan Kimia

PENGENALAN SINAR

REMPAH RATUS ASLI

Gred Kualiti Tinggi Daripada Pembekal Diiktiraf ISO & Halal

Kegunaan rempah-ratus memainkan peranan penting dalam rasa dan kualiti makanan yang dihidang. Setiap rempah mempunyai rasa dan intipati tersendiri kegunaannya dapat meningkatkan kelazatan dan keunikan aroma dan rasa makanan kami.

Selain menampah perisa, rempah-ratus mampu meningkatkan kesihatan dan mengandungi khasiat untuk semua. 

Oleh demikian, hanya rempah berkualiti yang dipilih sendiri daripada kilang yang diiktirah digunapakai dalam pemprosesan makanan di SINAR.

DAGING AYAM

Baka Sihat & Diperakui Halal

Ayam yang digunakan dalam pemprosesan makanan di SINAR merupakan ayam tempatan yang disembelih secara halal dan diiktiraf oleh JAKIM. 

Ayam boleh disediakan dalam pelbagai cara termasuk menggoreng, membakar, memanggang, merebus dan sebagainya. Sejak separuh kedua abad ke-20an, ayam telah menjadi makanan utama sumber protin bagi semua. Ayam menjadi pilihan lebih sihat berbanding daging merah dan kepekatan lemak tepu dan kolesterolnya juga lebih rendah. 

Di rumah penyembelihan, setiap ayam melalui pelbagai proses pemeriksaan kualiti sepanjang proses bagi memastikan disembelih secara halal. Ayam kemudian dipotong mengikut bahagian yang diperlukan dan dibersihkan sebelum dihantar untuk pemprosesan makanan di kilang SINAR. 

DIIKTIRAF HALAL

Pengeluaran Bersih Dengan Prinsip Islam Yang Tegas

Bagi memastikan proses yang menepati syariat dan prinsip Islam, kilang SINAR telah melalui proses pencucian kilang, mesin dan peralatan yang dikenali sebagai 'SERTU' yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 

Bahan-bahan dan produk makanan SINAR juga dianugerahkan sijil Halal oleh JAKIM selepas proses penyeliaan dan pengiktirafan. 

PENYEDIAAN MAKANAN

oleh Pakar Sains Pemakanan SINAR

Proses dimulakan dengan mencampurkan rempah-ratus mengikut ramuan khas untuk memerap daging ayam sebelum memasak.

PROSES MEMASAK

Untuk Makanan 'Ready-to-Heat'

Makanan jenis “Ready-to-Heat” akan dimasak / digoreng secara penuh supaya boleh terus dihidangan hanya dengan proses pemanasan bila diperlukan. 

Manakala, makanan 'Ready-to-Cook' pula akan terus dibungkus dan dimasukkan dalam 'Blast-freezer' untuk proses penyejukbekuan bagi mengekalkan nutrisi dan membolehkan makanan tersebut boleh disimpan lama oleh pengguna. Makanan 'Ready-to-Cook' pula boleh dinyahbeku dan dimasak dengan mudah oleh pengguna bila memerlukan.

PENYEJUKBEKUAN

Tiada Bahan Pengawit. Disejukbeku Secara Segar.

Makanan yang disediakan kemudian dibawa ke bilik sejuk beku yang menggunakan teknologi 'Blast-freezing' yang mampu menyejukbeku makanan tersebut pada suhu -40° C. Penyejukbekuan pada suhu ini mampu membolehkan produk makanan ini disimpan lebih lama sebelum dihidang. 

Berbanding dengan proses yang lain, proses atau teknologi ini mengelakkan penggunakaan bahan pengawit atau kimia untuk mengekalkan janga hayat produk makanan. Ianya juga mengekalkan kandungan nutrisi dan kelazatan makanan tersebut tanpa menjejaskannya.

BILIK SEJUK

Tempat Penyimpanan Produk Sebelum Diedarkan

Makanan yang telah disejuk beku tadi akan disimpan dalam bilik sejuk pada suhu -20°c untuk mengekalkan kesegarannya. Produk kemudian diedarkan ke pasaran mengikut keperluan menggunakan lori simpanan sejuk.

"Kuali Keutamaan Kami"

BERSIH . SEGAR . SIHAT & LAZAT

PELUANG PERNIAGAAN

Jom Sertai Kami

Kami sedang mencari pengedar dan peruncit yang berpotensi. Kami juga menyediakan perkhidmatan OEM dan ODM jika anda berminat untuk mengeluarkan produk/jenama anda sendiri.

Hubungi Kami

SINAR AZAM USAHANIAGA SDN BHD

@ 2022 Sinar Azam Usahaniaga Sdn Bhd. Hak Cipta Terpelihara.